CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, 27 March 2013

Tak Sabar Nak Balek !

Assalamualaikum... 

Ehemmm..ehemmm.. ehemmm..

Yeayyy.. Flight tiket balek KL dah booked.. Heheheheee, seronok sgt2 bila dah nak habis praktikal ni.. Sekali ni aku balek naek flight ke KL.. Asyik naek bas jew.. So, aku cadangkan kat membe aku balek naek flight jew ke KL.. Huhuhuhuuu.. Kitaowg tgk dulu harga tiket sebelum booking, murah jew so kitaowg booking tuh pon last minit kitaowg booking.. Sebulan sebelum habis praktikal.. 




Ni tiket yang kitaowg dah booked  


Sebelum nak gerak macam2 dugaan kan? Nnt nie dah betul2 nak pergi ke Senai International Airport pun hado jugak kan. Heheheheee, sbb baju aku tuh bnyk sgt ! Aku dtg sini pon bawak bnyk baju.. Paling kelakar aku amek baggage 20 kg je. Yelahhh, perempuan kan? macam2 barang nak kena bawak balek ke sana. dari yang kecik sampai lah ke besar. aku dah risau. memang exceed 20kg nie. tu ke tepi dulu. kita cerita lain. kalau dah lebih nnt xpelaa aku bayar kat sana nnt :D

Saturday, 23 March 2013

Puding Jagung Cocktail

Assalamualaikum...

Okey, ni first time resepi aku dalam blog yang comel ini.. Heheheee :p..ni sebab weekend yang terlebih rajin, maklumkan cuti, baru la aku boleh masak puding jagung cocktail ni. rasanya sume dah tahu kot camana nak buat ni kan.. tapi tak pelah, aku letak je dalam blog aku ini sebab aku suka makan taw :p Aku belajar wat puding ni masa aku tumpang umh umi aku, time aku praktikal di Johor Bahru.. time aku praktikal lak tuh sempat taw belajar wat semua ni..


Ni barang-barang yang perlu dibeli



Resepi Puding Jagung Cocktail


Bahan-bahannya:
1 tin isi jagung segar yang di cincang kasar
1 1/2 tin susu cair
2 cawan tepung kastard
11 cawan air(kecil)
gula secukup rasa
garam secukup rasa


Cara-carannya:
Masukkan ke semua bahan ke dalam periuk dan masak di atas api sederhana.
Kacau sentiasa dan jangan tinggalkannya. Bila puding agak2 hendak menjadi pekat. Matikan api.
Masukkan adunan ke dalam acuan acuan kecil atau pun ke dalam loyang. Puding jagung cocktail ini lebih sukar letak dalam acuan kecil. Jadi tak perlu nak potong-potong. Lebih senang nak hidangkan.

Resepi Kuah Cocktail


Bahan-bahannya:
1 tin buah cocktail
1 cawan susu cair
5 cawan air(kecil)
1/2 sudu teh vanila essence
gula secukup rasa
garam secukup rasa
* tepung kastard selebihnya masukkan ke dalam kuah cocktail tersebut


Cara-carannya:
Masakkan kesemua bahan2 kecuali buah cocktail sehingga mendidih. Kemudian, kacaukannyaa. Matikan api dan biarkan sejuk. Tuangkan kuah cocktail tersebut ke atas puding jagung tadi bersama buah cocktail. Enak di makan apabila sejuk.


taraa... dah siap.. masa nak makan tu, letak la ais kiub kecik2 & cocktail tu..

okey, tu saje.. selamat mencuba!!

Sunday, 17 March 2013

Menghitung Hari...

Assalamualaikum... 

Sekian lama menyepi dari dunia blog sebentar.. Banyak keje yang nak siapkan katakan :p.. Agak-agaknya ada tak orang rindu kan aku? Hahahaaa sah-sah tak ada kan =). Tak apalah janji kita semua happy dengan kehidupan sendiri.

Sejak berbulan-bulan ini memang rutin harian aku hanya la kehidupan sebagai seorang budak praktikal yang agak skema.Sebelum jam 7pagi aku sudah meninggalkan rumah dan balik rumah sebelum jam 7,macam itu la kehidupan aku setiap hari kecuali sabtu dan ahad.. Baik kan aku? tapi sebenarnya aku emosi dengan semua ni.. Aku sabar jew lah !

Bila dah start praktikal, rasa nak balik study kat kelas je. Dulu kemain lagi, "bila lah nak habis ni? nak rasa macam mana jadi student praktikal" Sekarang, bila dah jadi student praktikal, "bila la nak habis ni? nak konvo! pakai jubah konvo, dapat bunga atau mungkin hadiah :p" Hmmm, manusia memang tak kan pernah cukup & puas, kan? Dah memang lumrah manusia macam tu, nak buat macam mana kan? Hehehe..

Kalau tengok status facebook dan twitter kawan-kawan aku akan update pasal praktikal ini,ada yang cerita betapa geram dan tension mereka menjalankan latihan praktikal ni tapi ada juga yang gembira *padahal aku la yang paling rajin mengeluh pasal praktikal ni.. Hahahahaaa.. Bagi aku,praktikal ne kekadang best juga tetapi kekadang tak best ! Yang paling tak best bila bos ada bg project yg aku kena buat then kena submit sebelum tamat praktikal. 
Sekarang dah hampir 3bulan lebih aku menjalankan praktikal di sini.. Insya'Allah lagi sebulan akan menamatkan status seorang budak praktikal, memang tak sabar nak habis nak tidur puas-puas..
         Heheheheheee !!!:lol:
cepat laaa, masa ni berlalu..


  tengah menghitung hari tuk habis praktikal kat sini:lol:

Tuesday, 5 March 2013

BBQ Diploma Industrial Technology

السّلا م عليکم ورحمة الله وبرکة


BBQ bersama kawan-kawan sememangnya salah satu aktiviti santai yang amat menyeronokkan. Ni first time batch kitaowg buat BBQ nih. Best jugak dapat makan2 bersama, dapat memeriahkan suasana pada time nih, dapat bergambar sama2 dan macam2 lg. Mmg xdapat lupa kenangan masa ni lg bersama budak2 Diploma Industrial Technology, batch 1/2010/2011. Kitaowg wat BBQ nih masa kitaowg sem5 tp sekarang kitaowg semua dah praktikal cuma hanya tggl kenangan sahaja masa nih..

kek secret recipe sempena Anniversary DTI for 2 years

  
BBQ ayam


    
Tu dia hero-hero bakar ayam :D

     

     

       
 makanan dah ciap :D

 acara memotong kek

















   







 



 Big family DTI


Tension & Pengalaman Praktikal =)

Assalamualaikum...


Hye semua ! heheheee.. Errrr... sejak kebelakangan ni stress level tahap melampau pulak.. stress pasal kejalah yang bos kasi then kena presentations. Sepatutnya minggu ni dah kena present taw disebabkan kawan aku ni lom ciap lg cooding OEE dia so aku tunggulah dia sampai dia siap projek dia tuh then baru kitaowg present.

First aku kena buat report sal machine then kena hantar. Fuhhh, naseb aku dah settle dah pasal tuh. Leh jadi gila jugak aku, seminggu jugak aku kena handle machine kat bawah tuh. Hahahaaa, macam2 ngn hidup ni naseb aku xjadi gila lg.





Ni lah machine yang aku kena control tuh 


Lepas jew settle benda nih, aku kena improve pushtray machine. Aku sabar jew lah ngn bos ni. Then, aku kena wat layout kilang nih. Terkejar2 lak tuh aku nih. Banyak jugak kerja yang bos kasi. Sampai 3 projek lak tuh. Yang dulu punya pun tak setel lagi..dah datang yang baru. Dah bertindih2 sampai tak ingat mana satu yang patut buat dulu. Sekali bos mintak semua dalam sekelip mata....Aduhhh!!!! Tensionnya jugak. Lama dah tak tension macam ni. Setahu aku law aku tension pon masa nak exam & gaduh ngn boyfriend jew :p Last2 minit aku amek keputusan aku pegi jumpa boyfriend aku kat Selangor, dia study kat sana then mintak tolong dia wat sama2 ngn aku. Mana sempat aku nak terkejar2 sampai 3 projek nih. Praktikal aku hanya 4bulan saja. Macam engineer lak aku wat keja semua nih. Hahahaaa, engineer sekejap jew untuk semua ni, pasni aku xnk lg sbb cam nak nangis jew buat semua kerja ni. Lgpon sal layout nih, first time aku wat. Dah guna excel, mana aku nak pandai sgt ngn excel nih, geram jugak law wat tgk dah hilang :'( cam nak nangis. Pastuh kena ukur betul2 lak tuh. Haishhh, tension gak. Boleh juling jugak mata aku ni nanti ngn layout ni o.O





Layout aku yang dah ciap. Hahahaa !



Semalam kena panggil ngn bos taw, heheheee. Terkejut jugak aku ingat sebab presentation taw tapi sebab log book aku taw. Bukan selalu kena pon kena panggil camnih, Hehehee. Ni first time aku kena panggil sbb dia xphm. Boleh pugak dia xphm. Ish3... Aku buat analysis jenis-jenis reject kat kilang nih, bos tuh ingat aku buat bilangan reject kat analysis tuh. Bos ckp kat aku dia nak pengsan sbb dia ingat 99.9% tuh barang kena reject kat kilang nih, yg baek hanya 1% jew :p



Ni fishbone yang bos tuh suh aku wat :p cantek kan ikan aku nih 






Ni sebab2 reject yang bos aku terkejut tuh :p